tak tahu kenapa mereka datang

Monday, October 31, 2011

Gara-Gara Tak Tahan Lagi


sebab tak tahan lagi asyik menjadi sasaran perompak, mereka menyediakan kayu untuk melawan.






KUALA LUMPUR: Bagaikan telur di hujung tanduk. Itu perumpamaan bagi menggambarkan nasib tiga beranak yang ditetak bertubi-tubi dua penyamun bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras, di sini, Rabu lalu.
Akibat pergelutan itu, pemilik kedai berusia lewat 40-an menerima 10 jahitan di kepala, isterinya yang berusia awal 40-an pula lapan jahitan di kedua-dua tangan manakala anak lelaki berusia 19 tahun, enam jahitan di kepala.

Kejadian bermula jam 1 tengah hari, apabila sekumpulan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis berkenaan.
Mangsa yang enggan dikenali berkata, dua daripada lelaki itu yang memakai topi keledar masuk ke kedainya dan berpura-pura untuk membeli barang manakala dua lagi rakan mereka menunggu di luar.

“Kedua-dua mereka tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang yang disembunyikan di pinggang mereka dan mengacukan senjata berkenaan ke arah saya.

“Tanpa berfikir, saya mengeluarkan kayu yang disembunyikan di bawah kaunter wang sebelum memukul seorang daripada mereka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Menurutnya, kedua-dua mereka yang berang dengan tindakannya itu menghayunkan parang ke arahnya dan isteri.

“Anak lelaki saya yang yang berada berhampiran segera memberikan bantuan.
“Lelaki itu terus menetak kami tiga beranak bertubi-tubi dan ketika itu saya menepis tetakan berkenaan menggunakan tangan dan kayu.

“Tanpa saya sedari, kepala dan tangan saya sudah berdarah sebelum jeritan kuat anak dan isteri menyebabkan dua lelaki itu panik dan melarikan diri,” katanya.

Mangsa berkata, dia bersama isteri dan anaknya cuba mengejar kumpulan terbabit namun gagal.

“Saya menerima 10 jahitan di kepala dan cedera ringan di tangan, isteri pula menerima lapan jahitan di kedua-dua tangan dan anak lelaki saya, enam jahitan di kepala,” katanya.

Mengulas tindakannya yang bertindak berani dengan melawan dua penjenayah itu, mangsa memberitahu, dia sudah tidak tahan kerana kedai runcitnya itu sering dijadikan sasaran kumpulan penyamun sejak dua tahun lalu.

“Sebab itu saya sediakan kayu dan melawan mereka (penjenayah),” katanya.














sumber:metro

0 comments:

Post a Comment

Guablog.com